Ann Wan Seng

Ann Wann Seng atau nama Islamnya Ann Abdullah merupakan rakyat Malaysia keturunan Cina yang aktif dalam NGO dan memberi ucapan dalam pentas politik serta menulis buku.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Beliau juga menyandang Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga kolumnis Dewan Ekonomi yang diterbitkan oleh DBP.Beliau merupakan Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Pada 9 Ogos 2008, beliau memerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) . Anugerah disampaikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dalam Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Turut menerima anugerah itu ialah Toh Puan Dr. [[Aishah Ong].